Pengenalan

Semua organisasi memiliki KPI yang tertentu untuk dicapai. Ada KPI yang berjaya dicapai dengan baik, ada juga KPI yang tidak mampu dicapai.

Mencapai KPI memerlukan tenaga kerja yang mahir dan sentiasa bermotivasi tinggi. Lantas pekerja itu akan mencapai KPI sebelum masa yang ditentukan. Lebih hebat lagi apabila pencapaian mengatasi KPI.

Bukankah tuan/puan mahu memiliki pekerja yang bermotivasi tinggi?
Bukankah tuan/puan gembira apabila pekerja mencapai KPI?
Bukankah tuan/puan mahu melihat pekerja bersungguh-sungguh walau tidak disuruh?

Bila jawapannya adalah YA, maka Seminar Motivasi Pekerja 2013 adalah jawapannya.

Selamat Datang Ke Seminar Motivasi Pekerja 2013.

Objektif Seminar

1. Melahirkan pekerja yang bersemangat dan bermotivasi di tempat kerja
2. Membuka minda pekerja bahawa mencapai KPI adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam
3. Memberi kemahiran-kemahiran pengurusan diri dan komunikasi berkesan.

Selepas Menghadiri Seminar Ini, Peserta Akan 

1. Mempelajari teknik membina minda positif di tempat kerja
2. Mempelajari langkah-langkah meningkatkan iman & ketaqwaan di tempat kerja
3. Mampu menguruskan masa (diri, kerja & keluarga) dengan cemerlang
4. Mempelajari teknik mendorong, menegur dan memohon bantuan rakan sekerja dengan berkesan
5. Mempelajari teknik membina komitmen luarbiasa

Sasaran Peserta

1. Pegawai / Kakitangan Sokongan Jabatan Kerajaan
2. Pegawai / Kakitangan Sektor Swasta
3. Usahawan

Tema Seminar

"Capai KPI Sebelum Masa"

Tarikh, Hari, & Masa

7 & 8 Mei 2013
Selasa & Rabu
8.30 pagi - 6 petang

Tempat Seminar

Grand Ballroom, Klana Resort, Seremban

Pendekatan Seminar



20 % Soal Jawab
30 % Aktiviti, Simulasi
50 % Ceramah Interaktif